APA ITU TASRIF
Asas Tasrif dan Bentuk – Bentuk Wazannya
Pembahasan
Pengertian Shorof/Tasrif
Menurut pengertian bahasa (lughah), SHOROF/TASRIF beerti berubah atau mengubah. Erti kata lain berubah dari bentuk asalnya kepada bentuk yang lain.
Menurut pengertian istilah (menurut kalangan ulama’ shorof), SHOROF/TASRIF ialah berubah dari fi’il madhi (bentuk asal pertama) kepada fi’il mudhori’, mashdar, isim fa’il, isim maf’ul, fi’il amar, isim makan dan terakhir sampai pada isim alat.
Tujuan dari perubahan bentuk tersebut adalah untuk memperoleh makna yang berbeza. Dari perubahan satu bentuk kata kepada bentuk kata yang lain dalam ilmu shorof dinamakan SHIGHOT (الصِّيْغَةُ) .
Oleh yang demikian, ilmu yang mempelajari berbagai bentuk perubahan kata, dari asal usul kata dinamakan ILMU SHOROF.
Jenis Tashrif
Tashrif terbahagi kepada dua jenis:
- Tashrif Ishtilahi(تَصْرِيْفٌ اِصْطِلاَحِيٌّ)ا, iaitu perubahan kata yang didasarkan pada perbezaan bentuk katanya seperti merubah sebuah kata kerja bentuk lampau menjadi kata kerja bentuk sedang, kata kerja bentuk perintah, kata kerja bentuk larangan, dan seterusnya.
- Tashrif Lughawi (تَصْرِيْفٌ لُغَوِيٌّ), iaitu perubahan yang didasarkan pada jumlah dan jenis pelakunya seperti perubahan sebuah kata benda tunggal menjadi kata benda berjumlah dua, menjadi kata benda jamak, dan sebagainya.
SHIGHOT
Shighot bermaksud bentuk kata. Ada tiga jenis shighot dalam Bahasa Arab, iaitu Fi’il, Isim dan Huruf.
Dari segi Fi’il ada empat macam shighot, iaitu:
1. Fi’il Madhi – iaitu kata kerja lampau.
2. Fi’il Mudhori’ – iaitu kata kerja sedang atau akan datang.
3. Fi’il Amar – iaitu kata kerja perintah.
4. Fi’il Nahi – iaitu kata kerja larangan.
Dari segi Isim ada sepuluh shighot, iaitu:
1. Mashdar – iaitu bentuk kata dasar atau kata terbitan.
2. Mashdar Mim – iaitu mashdar yang mendapat tambahan mim.
3. Isim Fa’il – iaitu kata nama yang menunjukkan pengertian pelaku.
4. Sifat Musyabbihah bismi fa’il – iaitu kata sifat yang disamakan dengan isim fa’il.
5. Shighot Mubalaghah – iaitu bentuk penyangatan yang biasa diertikan: Maha.
6. Isim Tafdhil – iaitu kata nama yang mengandungi pengertian lebih.
7. Isim Maf’ul – iaitu kata benda yang menunjukkan pengertian penderita.
8. Isim Makan – iaitu kata benda yang menunjukkan pengertian tempat.
9. Isim Zaman – kata benda yang menunjukkan pengertian waktu.
10.Isim Alat – iaitu kata benda yang menunjukan pengertian alat.
Wazan
Yang kedua kita akan membahas istilah yang sering digunakan di ilmu shorof iaitu wazan. Wazan menurut bahasa ialah rumus/timbangan/acuan. Di dalam mempelajari ilmu shorof, untuk memahami rumus perubahan, kita menggunakan wazan, dan wazan dalam bahasa arab ini menggunakan kata فَعَلَ fa'ala (fa, 'ain dan lam), ini rumus yang digunakan kerana memang wazan yang digunakan adalah fa'ala kerana fa'ala maknanya di dalam bahasa arab adalah "melakukan", bahkan istilah fi'il diambil dari kata ini فَعَلَ- يَفْعَلُ-فِعْلاً. Itulah alasan yang digunakan kenapa wazan yang digunakan adalah فَعَلَ.
Oleh itu wazan/rumus ini akan dijadikan acuan bagi menentukan perubahan kata, contohnya begini :
Kata نَصَرَ nashoro (yang artinya telah menolong) itu mengikuti wazan فَعَلَ يَفْعُلُ, perhatikan fa'ala yaf'ulu, ketika perkataan نَصَرَnashoro telah ditetapkan memiliki bentuk seperti itu (wazan/rumus fa'ala yaf'ulu) maka kita harus mengikuti perubahan kata nashoro sesuai dengan kaidah wazan fa'ala yaf'ulu berarti نَصَرَ يَنْصُرُ (nashoro yanshuru)
Kata نَصَرَ nashoro (yang artinya telah menolong) itu mengikuti wazan فَعَلَ يَفْعُلُ, perhatikan fa'ala yaf'ulu, ketika perkataan نَصَرَnashoro telah ditetapkan memiliki bentuk seperti itu (wazan/rumus fa'ala yaf'ulu) maka kita harus mengikuti perubahan kata nashoro sesuai dengan kaidah wazan fa'ala yaf'ulu berarti نَصَرَ يَنْصُرُ (nashoro yanshuru)
فَعَلَ - يَفْعُلُ menjadi نَصَرَ - يَنْصُرُ
Perhatikan :
فَعَلَ - يَفْعُلُ
نَصَرَ ـ يَنْصُرُ
Fa'ala - yaf'ulu berarti kan sebelum fa, 'ain dan lam ditambahkan يَ dan sebelum na, shod dan ro ditambahkan يَ dan huruf فَ nya disukunkan berarti ن nya disukunkan. Kemudian ع nya di dhomahkan begitu juga huruf ص nya didhommahkan, yaf'u - yanshu kemudian lam nya di dhommahkan لُ yaf'ulu berarti ر nya didhommahkan menjadi يَنْصُرُ yanshuru. Ini maksud dari wazan. Artinya jika sebuah kata telah dinyatakan masuk ke bab fa'ala yaf'ulu maka perubahannya dari fi'il madhi ke fi'il mudhorinya harus mengikuti wazan bab tersebut. Contohnya nashoro karna dinyatakan mengikuti wazan fa'ala yaf'ulu maka perubahannya nashoro yanshuru.
Contoh yang ke-2 misalkan kata dhoroba ضَرَبَ (artinya telah memukul). Dhoroba ini masuk ke wazan فَعَلَ يَفْعِلُ fa'ala yaf'ilu, maka kata dhoroba perubahannya harus mengikuti fa'ala yaf'ilu jadi dhoroba yadhribu.
Perhatikan
فَعَلَ - يَفْعِلُ
ضَرَبَ - يَضْرِبُ
asalnya ف ini ditambahkan ي dulu di depannya, kemudian ف nya disukunkan menjadi يَفْ yaf maka kata dhoroba ditambahkan ي di depannya kemudian huruf ض nya disukunkan menjadi يَضْ yadh, kemudian ع nya diberi harokat kasroh, kata dhoroba ر nya diberi harokat kasroh menjadi يَضْرِ yadhri, kemudian ل nya diberi harokat dhommah maka ب nya diberi harokat dhommah menjadi fa'ala yaf'ilu dan dhoroba yadhribu.
Ini adalah ketentuan yang harus dipenuhi, jadi ضَرَبَ dhoroba berubahnya pasti يَضْرِبُ yadhribu, tidak boleh kita katakan يَضْرُبُ yadhrubu seperti ضَرَبَ يَضْرُبُ dhoroba yadhrubu, tidak boleh juga kita katakan ضَرَبَ يَضْرَبُ dhoroba yadhrobu. Tetapi kita harus merubah suatu kata sesuai dengan wazannya. Dan kata dhoroba ini masuk dalam bab wazan فَعَلَ يَفْعِلُ fa'ala yaf'ilu sehingga perubahannya wajib ضَرَبَ يَضْرِبُ dhoroba yadhribu, tidak boleh ضَرَبَ يَضْرَبُ dhoroba yadhrobu atau ضَرَبَ يَضْرُبُ dhoroba yadhrubu.
20,000+ visitors to the site per day for 0 $!
ReplyDeletehttps://l-o-l.io.ua/
Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT
ReplyDeleteMore than 160 thousand men and women are losing weight with a easy and SECRET "liquids hack" to burn 1-2 lbs each and every night in their sleep.
It is painless and works with everybody.
Here's how you can do it yourself:
1) Go grab a glass and fill it up half the way
2) Proceed to use this awesome hack
and you'll be 1-2 lbs lighter the next day!