Saturday, February 15, 2020


Mudahnya Belajar Bahasa Arab

  Aktiviti nyanyian dilihat sebagai suatu yang sangat penting dan boleh digunakan dalam mana-mana subjek di sekolah. Hal ini kerana nyanyian atau lagu merupakan kemahiran yang paling biasa dilakukan oleh seseorang manusia ketika gembira atau sedih yang boleh juga diterapkan dalam proses pengajaran bilik darjah. Mok dan Lee (1989) mengulas bahawa aktiviti nyanyian merupakan aktiviti yang sering berlaku dalam kehidupan kita seharian, maka ia sangat sesuai dilakukan dalam bilik darjah sebagai satu medium yang berkesan untuk mengukuhkan ingatan murid-murid. Selain itu, penggunaan irama dan rentak sebagai iringan juga dikatakan sebagai kaedah yang berkesan untuk menguatkan ingatan pelajar dan meningkatkan minat pelajar untuk belajar (Rosli dan Omar, 2013). Hal ini turut diakui Hisyamuddin dan Amir (2012) yang menyatakan bahawa aktiviti muzik dan nyanyian sangat berkesan dalam memperkembang kemahiran sosial para pelajar.

  Sebagai bukti, saya turut mempraktikkan pengunaan lagu dan teknologi di dalam pembelajaran bagi memastikan ianya betul-betul berkesan bagi membantu pelajar memahami topik pembelajaran semasa di dalam kelas PdP. Kali ini saya menyediakan lagu Tasrif Feel Amar versi lagu Sufian Suhaimi yang lazimnya diketahui umum dalam kalangan pelajar. Ternyata pelajar begitu teruja untuk menyanyikan lagu tersebut kerana iramanya mudah untuk diingati sekaligus memudahkan mereka menghafal Tasrif Feel Amar. Lihat pautan video berikut.







Kelebihan penggunaan Teknologi di dalam Proses Pembelajaran


Menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan guru hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu, pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.


  Selain itu, pengunaan teknologi dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.

  Disamping itu, ia dilihat mampu meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya.


  Tambahan pula, kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.

  Selain itu, guru akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Contohnya, Project Based Learning(PBL) Aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, internet dan bahan media yang lain. Keberkesanan hasil dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan licin dan terancang. 


  Penjimatan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan teratur dengan bantuan teknologi pendidikan menggunakan internet, bahan persembahan multimedia dan perisian yang sesuai.



Friday, February 14, 2020

Makna Fi'il Amr (فعل الأمر) dalam Bahasa Arab

Sebelum melanjutkan pelajaran  ini, akan sangat baik jika kita mengulang kembali pelajaran mengenai  fi'il (kata kerja) dalam bahasa Arab.

Pengertian fi'il

Fi'il (kata kerja): sesuatu yang menunjukan suatu erti dan berhubungan dengan waktu. 
Adapun jenis-jenis fi'il jika dilihat dari waktu, maka terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
1. الفعل الماضي (fi'il maadhii) adalah kata kerja yang menunjukkan erti masa lampau atau sudah dilakukan, misal  : ذَهَبَ  "Ia sudah pergi"

2. الفعل المضارع ( fi'il mudhaari') adalah kata kerja yang menunjukkan erti sedang atau akan dilakukan, misal  : يَذْهَبُ "dia sedang/akan pergi"


3. فعل الأمر (fi'il amr) adalah kata kerja yang menunjukkan erti perintah, misal  : اِذْهَبْ "Pergilah!"




Penjelasan Mengenai Fi'il 'Amr


 معنا فعل الأمر : الطَّلب

fi'il amr ialah  kata kerja perintah atau permohonan.




- فعل الأمر : مبنيّ دائما

Fi'il amr ialah  mabniyy (harakatnya tetap tidak berubah) selamanya (sama laksana  fi'il maadhi, fi'il madhi pun mabniyy).



Bagi  fi'il madhi yang terdiri dari tiga huruf, maka huruf pertamanya  menggunakan hamzah washal.


Contoh:


كَتَبَ terdiri dari tiga huruf, maka fi'il amrnya memakai  hamzah washal, yakni  : اُكْتُبْ


Sedangkan fi'il madhi yang terdiri dari empat huruf, maka huruf pertamanya  menggunakan hamzah qatha'.


Contoh:


أَخْرَجَ fi'il maadhi yang terdiri dari empat huruf, maka fi'il amr nya memakai  hamzah qatha iaitu: أَخْرِجْ



Lihat pemakaian  hamzah washal dan hamzah qatha guna  lebih jelasnya.




Berikut Ini adalah Dhamirnya fi'il amr, yaitu: 


- أَنْتَ

- أَنْتِ
- أَنْتُمَا
- أَنْتُمْ
- أَنْتُنَّ


Kaedah harakat hamzah washl pada fi'il amr


Kita lihat harakat 'ain fi'il pada fi'il mudhari, terdapat  tiga macam  yaitu:



1. Jika harakatnya dhammah, maka harakat hamzah washal pada fi'il amr pun  dhammah.


Contoh:


كَتَبَ - يَكْتُبُ (kataba - yaktubu):


- 'ain fi'ilnya ialah  ت (ta).


- ت pada fi'il mudharinya berharakat dhammah.


- maka harakat hamzahnya ialah  dhammah, yakni  : اُكْتُبْ (uktub)



Contoh:

جَلَسَ - يَجْلِسُ (jalasa-yajlisu)


- 'ain fi'ilnya ialah  ل (lam).


- harakat ل pada fi'il mudhaari' ialah  kasrah.


- maka harakat hamzah pada fi'il amr ialah  kasrah, yakni  اِجْلِسْ (ijlis).



3. Jika ain fi'ilnya berharakat fat-hah, maka harakat hamzah washlnya ialah  kasrah.


Contoh:


فَتَحَ - يَفْتَحُ (fataha - yaftahu)


- 'ain fi'ilnya ialah  ت


- harakat ت pada fi'il mudhaari' ialah  fat-hah


- maka harakat hamzah washal pada fi'il amr nya ialah  kasrah yakni  اِفْتَحْ (iftah).



Kaedah fi'il amr mabniyy di atas sukun


fi'il amr yang mabniyy di atas sukun ialah  fi'il amr yang dhamir mustatirnya أَنْتَ, misalnya  : اِشْرَبْ , اذْهَبْ , افْهَمْ, dll


Baca selengkapnya tentang dhamir di sini
.


Jika sesudah  fi'il amr ini terdapat  الْ (al) maka sukunnya berubah jadi kasrah. Contohnya:


minumlah, bahasa arabnya اِشْرَبْ (isyrab).


Lalu saat  kita berkeinginan  berkata, minumlah kopi itu, maka menjadi -> اِشْرَبِ الْقَهْوَةَ (isyrabil qahwata)



Hamzah washal tidak berharakat


Berikut Ini contohnya:

يَا بُنَيَّ ارْكَبْ مَعَنَا     'Wahai anakku, naiklah (mengendarai kapal) bersama kami' 

Pada contoh fi'il amr di atas, perhatikan hamzah washal yang Tak berharokat, ia tetap ditulis tapi Tak dibaca. Karena itulah hamzah washal sesuai namanya hamzah yang disambung artinya Dari kata sebelumnya ke Dan ke huruf setelah hamzah washal itu langsung disambung tanpa membaca hamzahnya.


Kaedah hamzah washal pada fi'il amr


Pada contoh di atas  diberikan misal  bahwa andai  didahului oleh sebuah  kata laksana  pada contoh di atas, maka hamzah washal tidak berharakat, bacanya disambung ke huruf   setelahnya.


Contoh:


Yang benar ialah  يَا حَامِدُ اذْهَبْ (yaa haamidudzhab), dengan kata lain  wahai hamid pergilah.


Bukan يَا حَامِدُ اِذْهَبْ (yaa haamiduidzhab) -> ini ialah  salah.




Isnad fi'il amr dengan dhamir mukhaathab (الْمُخَاطَبُ), yaitu:


Contohnya dengan fi'il كَتَبَ - يَكْتُبُ


- أَنْتَ : اُكْتُبْ

- أَنْتِ : اُكْتُبِي
- أَنْتُمَا : اُكْتُبَا
- أَنْتُمْ : اُكْتُبُوا
- أَنْتُنَّ : اُكْتُبْنَ

Saya ulangkan dengan ejaan rumi:


- anta : uktub

- anti : uktubii
- antumaa: uktubaa
- antum: uktubuu
- antunna: uktubna


Wazan fi'il amr
Dengan wazan di atas, sobat dapat  melihat polanya kan? Coba anda  lihat satu satu ya, mulai dari anta.

- fi'il mudhari untuk  anta ialah  تَكْتُبُ


Untuk menjadikannya ke fi'il amr adalah sebagai berikut:


a. hilangkan huruf   mudhara'ahnya yakni  ت , dan ganti dengan hamzah washal.


b. Lihat harakat 'ain fi'il nya pada fi'il mudhaari di atas, harakatnya dhammah.


c. sebab  harakat 'ain fi'il dhammah maka hamzah washalnya berharakat dhammah.


d. Jadi fi'il amrnya ialah  اُكْتُبْ




- fi'il mudhari untuk  anti ialah  تَكْتُبِينَ


a. hilangkan huruf   mudhara'ahnya yakni  ت , dan ganti dengan hamzah washal.


b. Lihat harakat 'ain fi'il nya pada fi'il mudhaari di atas, harakatnya dhammah.


c. sebab  harakat 'ain fi'il dhammah maka hamzah washalnya berharakat dhammah.


d. hilangkan nun (ن)


e. Jadi fi'il amrnya ialah  اُكْتُبِي




- fi'il mudhari guna  antum ialah  تَكْتُبُونَ


Untuk menjadikannya ke fi'il amr merupakan :


Dengan tahapan  yang sama maka anda  dapatkan fi'il amrnya ialah  اُكْتُبُوا




Contoh dua fi'il yang huruf pertamanya hamzah qatha


Pada latihan  kali ini, dikenalkan format  fi'il amr nya, yaitu:



1. أَكَلَ - يَأْكُلُ (akala- ya'kulu), dengan kata lain  makan.


Fi'il amr nya ialah  كُلْ (kul)


Tashrif lengkapnya merupakan :


- أَنْتَ : كُلْ

- أَنْتِ : كُلِي
- أَنْتُمَا : كُلَا
- أَنْتُمْ : كُلُوا
- أَنْتُنَّ : كُلْنَ



2. أَخَذَ - يَأْخُذُ (akhadza - ya'khudzu), dengan kata lain  mengambil; menerima.


Fi'il amrnya ialah  خُذْ (khudz).


Tashrif lengkapnya adalah sebagai berikut :



- أَنْتَ : خُذْ

- أَنْتِ : خُذِي
- أَنْتُمَا : خُذَا
- أَنْتُمْ : خُذُوا
- أَنْتُنَّ : خُذْنَ


Demikianlah penjelasan mengenai  fi'il amr. Semoga dapat membantu rakan-rakan yang sedang belajar Bahasa Arab. 

APA ITU TASRIF

Asas Tasrif dan Bentuk – Bentuk Wazannya
Pembahasan

Pengertian Shorof/Tasrif
            Menurut pengertian bahasa (lughah), SHOROF/TASRIF beerti berubah atau mengubah.  Erti kata lain berubah dari bentuk asalnya kepada bentuk yang lain.
            Menurut pengertian istilah (menurut kalangan ulama’ shorof), SHOROF/TASRIF ialah berubah dari fi’il madhi (bentuk asal pertama) kepada fi’il mudhori’, mashdar, isim fa’il, isim maf’ul, fi’il amar, isim makan dan terakhir sampai pada isim alat.
            Tujuan dari perubahan bentuk tersebut adalah untuk memperoleh makna yang berbeza.  Dari perubahan satu bentuk kata kepada bentuk kata yang lain dalam ilmu shorof dinamakan SHIGHOT (الصِّيْغَةُ) .
            Oleh yang demikian, ilmu yang mempelajari berbagai bentuk perubahan kata, dari asal usul kata dinamakan ILMU SHOROF.

 Jenis Tashrif
Tashrif terbahagi kepada dua jenis:
  1. Tashrif Ishtilahi(تَصْرِيْفٌ اِصْطِلاَحِيٌّ)ا, iaitu perubahan kata yang didasarkan pada perbezaan bentuk katanya seperti merubah sebuah kata kerja bentuk lampau menjadi kata kerja bentuk sedang, kata kerja bentuk perintah, kata kerja bentuk larangan, dan seterusnya.
  2. Tashrif Lughawi (تَصْرِيْفٌ لُغَوِيٌّ), iaitu perubahan yang didasarkan pada jumlah dan jenis pelakunya seperti perubahan sebuah kata benda tunggal menjadi kata benda berjumlah dua, menjadi kata benda jamak, dan sebagainya.

SHIGHOT
            Shighot bermaksud bentuk kata.  Ada tiga jenis shighot dalam Bahasa Arab, iaitu Fi’il, Isim dan Huruf.
            Dari segi Fi’il ada empat macam shighot, iaitu:
            1. Fi’il Madhi – iaitu kata kerja lampau.
            2. Fi’il Mudhori’ – iaitu kata kerja sedang atau akan datang.
            3. Fi’il Amar – iaitu kata kerja perintah.
            4.  Fi’il Nahi – iaitu kata kerja larangan.
Dari segi Isim ada sepuluh shighot, iaitu:
            1. Mashdar – iaitu bentuk kata dasar atau kata terbitan.
            2. Mashdar Mim – iaitu mashdar yang mendapat tambahan mim.
            3. Isim Fa’il – iaitu kata nama yang menunjukkan pengertian pelaku.
            4.  Sifat Musyabbihah bismi fa’il – iaitu kata sifat yang disamakan dengan isim fa’il.
            5.  Shighot Mubalaghah – iaitu bentuk penyangatan yang biasa diertikan: Maha.
            6. Isim Tafdhil – iaitu kata nama yang mengandungi pengertian lebih.
            7. Isim Maf’ul – iaitu kata benda yang menunjukkan pengertian penderita.
            8.  Isim Makan – iaitu kata benda yang menunjukkan pengertian tempat.
            9.  Isim Zaman – kata benda yang menunjukkan pengertian waktu.
            10.Isim Alat – iaitu kata benda yang menunjukan pengertian alat.


Wazan
Yang kedua kita akan membahas istilah yang sering digunakan di ilmu shorof iaitu wazan. Wazan menurut bahasa ialah rumus/timbangan/acuan. Di dalam mempelajari ilmu shorof, untuk memahami rumus perubahan, kita menggunakan wazan, dan wazan dalam bahasa arab ini menggunakan kata فَعَلَ  fa'ala (fa, 'ain dan lam), ini rumus yang digunakan kerana memang wazan yang digunakan adalah fa'ala kerana fa'ala maknanya di dalam bahasa arab adalah "melakukan", bahkan istilah fi'il diambil dari kata ini فَعَلَ- يَفْعَلُ-فِعْلاً.  Itulah alasan yang digunakan kenapa wazan yang digunakan adalah فَعَلَ.
Oleh itu wazan/rumus ini akan dijadikan acuan bagi menentukan perubahan kata, contohnya begini :
Kata 
نَصَرَ nashoro (yang artinya telah menolong) itu mengikuti wazan فَعَلَ يَفْعُلُ,  perhatikan fa'ala yaf'ulu, ketika perkataan نَصَرَnashoro telah ditetapkan memiliki bentuk seperti itu (wazan/rumus fa'ala yaf'ulu) maka kita harus mengikuti perubahan kata nashoro sesuai dengan kaidah wazan fa'ala yaf'ulu berarti نَصَرَ يَنْصُرُ (nashoro yanshuru)
فَعَلَ - يَفْعُلُ menjadi نَصَرَ - يَنْصُرُ
Perhatikan :

فَعَلَ  -  يَفْعُلُ


نَصَرَ  ـ  يَنْصُرُ

Fa'ala - yaf'ulu berarti kan sebelum fa, 'ain dan lam ditambahkan يَ dan sebelum na, shod dan ro ditambahkan يَ dan huruf فَ nya disukunkan berarti ن nya disukunkan. Kemudian ع nya di dhomahkan begitu juga huruf ص nya didhommahkan, yaf'u - yanshu kemudian lam nya di dhommahkan لُ yaf'ulu berarti ر nya didhommahkan menjadi يَنْصُرُ yanshuru. Ini maksud dari wazan. Artinya jika sebuah kata telah dinyatakan masuk ke bab fa'ala yaf'ulu maka perubahannya dari fi'il madhi ke fi'il mudhorinya harus mengikuti wazan bab tersebut. Contohnya nashoro karna dinyatakan mengikuti wazan fa'ala yaf'ulu maka perubahannya nashoro yanshuru.
Contoh yang ke-2 misalkan kata dhoroba ضَرَبَ (artinya telah memukul). Dhoroba ini masuk ke wazan فَعَلَ يَفْعِلُ fa'ala yaf'ilu, maka kata dhoroba perubahannya harus mengikuti fa'ala yaf'ilu jadi dhoroba yadhribu.
Perhatikan
فَعَلَ   -  يَفْعِلُ

ضَرَبَ  -  يَضْرِبُ

asalnya ف ini ditambahkan ي dulu di depannya, kemudian ف nya disukunkan menjadi يَفْ yaf maka kata dhoroba ditambahkan ي di depannya kemudian huruf ض nya disukunkan menjadi يَضْ yadh, kemudian ع nya diberi harokat kasroh, kata dhoroba ر nya diberi harokat kasroh menjadi يَضْرِ yadhri, kemudian ل nya diberi harokat dhommah maka ب nya diberi harokat dhommah menjadi fa'ala yaf'ilu dan dhoroba yadhribu.
Ini adalah ketentuan yang harus dipenuhi, jadi ضَرَبَ dhoroba berubahnya pasti يَضْرِبُ yadhribu, tidak boleh kita katakan يَضْرُبُ yadhrubu seperti ضَرَبَ يَضْرُبُ dhoroba yadhrubu, tidak boleh juga kita katakan ضَرَبَ يَضْرَبُ dhoroba yadhrobu. Tetapi kita harus merubah suatu kata sesuai dengan wazannya. Dan kata dhoroba ini masuk dalam bab wazan فَعَلَ يَفْعِلُ fa'ala yaf'ilu sehingga perubahannya wajib ضَرَبَ يَضْرِبُ dhoroba yadhribu, tidak boleh ضَرَبَ يَضْرَبُ dhoroba yadhrobu atau ضَرَبَ يَضْرُبُ dhoroba yadhrubu.